Panduan Lengkap Feri dari Johor Bahru ke Batam (Stulang Laut & Pasir Gudang)
Perjalanan feri dari Johor Bahru ke Batam hanya mengambil masa lebih kurang 90 minit hingga 2 jam. Berikut ialah info jadual, harga tiket anggaran, dan cara mudah pemandu kami menjemput anda.
Pelancong dari Malaysia, terutamanya negeri Johor dan Lembah Klang, biasanya memilih berlepas dari Terminal Feri Berjaya Waterfront (Stulang Laut) atau Terminal Feri Pasir Gudang.
Destinasi ketibaan utama di Batam ialah Batam Centre Ferry Terminal yang terletak betul-betul di tengah-tengah pusat pentadbiran dan perniagaan Batam.
Masa pelayaran dari Stulang Laut ke Batam Centre adalah kira-kira 90 minit. Terdapat banyak trip feri setiap hari seawal jam 7:15 pagi hingga 6:30 petang.
Sebaik sahaja anda melepasi kaunter Imigresen Batam dan kastam di Batam Centre, pemandu profesional dari Kereta Sewa Batam (Cahaya Rent Car) akan sedia menunggu di balai ketibaan dengan memegang papan nama anda.
- Beli tiket feri pergi-balik (two-way) awal semasa musim cuti sekolah atau cuti umum Malaysia.
- Pastikan pasport antarabangsa anda mempunyai baki tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Batam mengikut Zon Waktu Indonesia Barat (WIB), iaitu 1 jam lebih lewat berbanding waktu Malaysia (MYT).
- Kongsikan nombor tiket atau jadual feri anda dengan admin WhatsApp kami supaya pemandu boleh standby awal.